25 May 2009, Ucapan selamat datang pembuka bicara. Itulah ungkapan pertama dari kami warga Perpustakaan UniMAP. Perpustakaan UniMAP sekali lagi menjadi pilihan empat orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Kampus Merbok, Kedah Darul Aman untuk menjalani latihan praktikal bagi jurusan Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian). Mereka yang dimaksudkan ialah Encik Hushairi Bin Salleh, Cik Nur Izzaura Binti Maharuddin, Cik Jashira Binti Jamin dan Cik Nor Shafira Binti Yahya. Hari ini merupakan hari pertama mereka melaporkan diri di Perpustakaan. Sesi perjumpaan dan taklimat ringkas bersama Ketua Pustakawan telah dilaksanakan pagi tadi. Disamping itu, mereka telah dibawa berkenalan dengan semua staf Perpustakaan, melawat ke unit dan lokasi utama di Perpustakaan UniMAP. Taklimat mengenai penyusunan bahan dan penyelengaraan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Oleh itu, Perpustakaan mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tersebut.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)