28 Jun 2009, Perpustakaan sekali lagi mengambil bahagian dalam aktiviti pameran sempena Minggu Suai Kenal Pelajar-Pelajar Baru Sidang Akademik 2009/2010 bertempat di Kolej Kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis. Aktiviti tersebut merupakan salah satu acara tahunan di dalam kalendar Perpustakaan dan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan Perpustakaan kepada pengguna khususnya kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar ke UniMAP. Ruang pameran Perpustakaan telah dihiasi dengan maskot 'ladybird' dan bertemakan 'library... where your imagination takes flight'. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Tuanku Canselor UniMAP berkenan mencemar duli dan berangkat hadir ke ruang pameran Perpustakaan. Baginda tertarik dengan maskot 'ladybird' yang dihasilkan oleh staf Perpustakaan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)