Friday, January 20, 2012

Lawatan Kerja External Examiner Okayama University, Japan








20 Januari 2012 - Membuka tirai pertama sesi lawatan pada tahun ini iaitu External Examiner ke Perpustakaan UniMAP, Bangunan KWSP Kangar - Prof Eiji Tomita dari Okayama University, Jepun. Beliau berpuas hati dan gembira dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Perpustakaan UniMAP dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan









Closing Announcement - Chinese New Year

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia,


ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS CLOSING ANNOUNCEMENT - CHINESE NEW YEAR CELEBRATION


Please be informed that the library will be closed on 23rd & 24th January 2012 (Monday & Tuesday) for Chinese New Year celebration.


However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylib.unimap.edu.my.


Thank you.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Wednesday, January 4, 2012

Iklan Permohonan dan Tarikh Permohonan Kemasukan Ke UniMAP Sidang 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


KEPADA SEMUA WARGA UniMAP


MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN DAN TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP


Sukacita dimaklumkan bahawa iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sidang Akademik 2012/2013 akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di akhbar-akhbar utama pada 8 Januari 2012 (Ahad) ini.


Permohonan adalah dipelawa kepada semua calon-calon lepasan SPM/setaraf, STPM/setaraf, Diploma/setaraf dan Matrikulasi/setaraf untuk kemasukan ke UniMAP bagi Sidang Akademik 2012/2013.Arahan dan cara-cara permohonan boleh didapati di dalam iklan yang dikeluarkan.


Calon-calon boleh mula memohon secara 'online' pada 9 Januari 2012 dengan melayari http://upu.mohe.gov.my.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2012.


Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke UniMAP, boleh diajukan kepada Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bgn. KWSP atau menghubungi talian 04-9798706/8701/8702/7941/7940.


Sekian, terima kasih.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Monday, January 2, 2012

'Coffee Break @ UniMAP Library'



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR


Untuk makluman, bersempena minggu peperiksaan Sidang Akademik 2011/2012 Jabatan Perpustakaan sekali lagi akan mengadakan Program 'Coffee Break @ UniMAP Library' seperti butiran berikut:


Tarikh : 2 - 22 Januari 2012


Lokasi : Ruang Legar Perpustakaan, Tingkat 1, Bangunan KWSP

Masa : 6:00 petang hingga 10:00 malam.


'Coffee Break @ UniMAP Library' menawarkan minuman secara percuma kepada semua pengunjung perpustakaan sepanjang program ini berjalan.


Nimatilah secawan kopi atau lebih untuk menceriakan minggu Peperiksaan anda..
Selamat mengulangkaji pelajaran dan semoga berjaya dari
Perpustakaan UniMAP..


Sekian, terima kasih.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012


Selamat Tahun Baru @ Happy New Year 2012

Dari Seluruh Warga Kerja

Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...