Thursday, October 31, 2013

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra


Pemandangan Bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis Dan Arca Besar UniMAP Yang Di Ambil Dari Arah Dataran Boulevard.

Lawatan Kerja Perpustakaan Janeral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    



29/10/2013 : Lawatan Kerja Ketua Pustakawan Dan Deligasi Perpustakaan Janeral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pelancaran Pameran Karya Seni 2013 - Perlis In Perspektif





Tuanku Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan berangkat menyempurnakan Pelancaran Pameran Karya Seni 2013 di Perpustakaan TSFP, Kampus UniMAP Pauh Putra.

Friday, October 25, 2013

Closing Announcement : UniMAP Branch Library In Kangar

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia, 

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

UniMAP BRANCH LIBRARY IN KANGAR : CLOSING ANNOUNCEMENT 

Please be informed that the UniMAP Branch Library in Kangar will be closed on 27th October 2013 (Sunday) for Electrical Maintenance.

However, you can always connect with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my 

Thank you..

Tuesday, October 22, 2013

Majlis Pelancaran Pameran Karya Seni 2013, 'Perlis in Perspectives'



Majlis Pelancaran Pameran Karya Seni 2013, 'Perlis in Perspectives'

23 Oktober 2013

Vaneu: Galeri Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis

Colaborative Learning Zone - Tuanku Syed Faizuddin Putra Library


COLABORATIVE LEARNING ZONE @ Tuanku Syed Faizuddin Putra Library

Bengkel Literasi Maklumat (WorldCat, EndNote, Turnitin)


Assalamualaikum And Good Morning Guys!

Sedang Berlangsung Bengkel Literasi Maklumat (WorldCat, EndNote, Turnitin) Di Makmal Infoakses Aras II Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Yang Di Anjurkan Oleh Unit Runding Maklumat (URM) Dan Di Hadiri Oleh 40 Orang Pelajar Tahun Akhir..

*Sesiapa Yang Berminat Untuk Menyertai Bengkel-Bengkel Yang Di Anjurkan Oleh Pihak Perpustakaan, Sila Hubungi Unit Runding Maklumat Di Talian 04-9885410, Email: rujukan@unimap.edu.my Atau Layari Laman Web Kami Di http://mylibrary.unimap.edu.my/

Tuesday, October 15, 2013

Library Closing Announcement. Hari Raya Aidil Adha 1434 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan,


ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY CLOSING ANNOUNCEMENT 

Please be informed that the library will beclosed on 15th October 2013 (Tuesday) and16th October 2013 (Wednesday) for Hari Raya Aidiladha celebration. 

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage athttp://mylibrary.unimap.edu.my .   

Wishing all library users Happy Eid ul Adha and we value your support. 

Thank you.  

Thursday, October 10, 2013

1Malaysia Contemporary Art Tourism festival or 1MCAT - UniMAP


Inaugurated in 2010, the 1Malaysia Comtemporary Art Tourism festival or 1MCAT is a prestigious annual event initiated by the Ministry of Tourism and Culture, Malaysia. The 1MCAT is a showcase of Malaysia's finest contemporary art and an affirmation of its contributions. The festival is nation's main tourism attractions. The festival is fast becoming one of the most vidible and talked about happenings in Malaysia's tourism calendar, and thi syear, 1MCAT 2012 is set to be the biggest and boldest ever in anticipation of Visit Malaysia year 2014, when the nation is expected to receive a record 28 million visitors.

1MCAT 2013 will take place July till September and will feature a series of exhibitions, inspring talks and art-related activities in cooperation with art galleries, public institutions and shooping centres. It will feature works by some of the nation's best artists, ranging from familiar, established names to new outstanding talents. As a unique platform thet combines contemporary art with tourism, 1MCAT aims to position Malaysia as a premier art destination in Asia and inspire a more vibant and reputable contemporary art scene in Malaysia and the sorrounding regions




Tuesday, October 8, 2013

Perpustakaan Di Asia Tubuh AULiNK






Perpustakaan Di Asia Tubuh AULiNK

Langkawi, 5 Oktober – Perpustakaan di negara Asia bakal menubuhkan Asian Universities Library Network (AULiNK) dalam usaha untuk mengurangkan jurang capaian maklumat ilmiah digital di rantau tersebut.

Penubuhan tersebut adalah bertepatan dengan keperluan perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi di Asia yang memerlukan capaian kepada maklumat penyelidikan dalam pelbagai bahasa merentasi Benua Asia, kata Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mazmin Mat Akhir.

Ujar beliau, AULiNK yang dicetuskan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin bakal memberi tumpuan kepada strategi dan inisiatif mengukuhkan kolaborasi perpustakaan di negara Asia dan menghasilkan satu pusat sehenti kepada maklumat ilmiah yang dijana oleh para ilmuan dan penyelidik di benua ini.

“Kesemua perpustakaan di Asia perlu saling berkolaborasi dalam mewujudkan maklumat yang pelbagai kepada pengguna dan tidak hanya menyediakan akses kepada capaian maklumat ilmiah dari sumber atau jurnal-jurnal penyelidikan sedia ada.

“Penumpuan kepada capaian sedia ada dikhuatiri hanya akan menjadikan pengguna di Asia dihidangkan dengan skop liputan penyelidikan yang sama,” jelasnya.

Mazmin berkata demikian selepas Majlis Penutup First Forum on Library Consortia, Resource Sharing and Future Networks yang julung kali dianjurkan sempena Asian University Presidents Forum (AUPF) anjuran UniMAP di Hotel Resort World di sini hari ini.

Forum tersebut menghimpunkan lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada pustakawan dari Perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi dari seluruh Asia antaranya Korea, China, Thailand, Pakistan dan Indonesia.

Mazmin seterusnya berkata, sudah tiba masanya agar perpustakaan di negara Asia memantapkan usaha untuk meningkatkan keterlihatan institusi pengajian tinggi di Asia dalam bidang atau kepakaran sesebuah universiti itu sendiri.

Jelas beliau, selaras dengan aspirasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi, kreativiti dan penyelidikan berimpak, prasarana maklumat ilmiah menjadi antara input penting.

“Untuk itu, peserta yang menyertai forum ini bakal memantapkan strategi untuk memastikan para pelajar, penyelidik, dan rakyat keseluruhannya mempunyai akses kepada maklumat ilmiah untuk mengukuh daya saing negara dalam pelbagai bidang. 

“Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui kolaborasi dan rangkaian kerjasama utuh perpustakaan dan institusi pengajian tinggi di Asia. Pencapaian hebat penyelidikan dan penerbitan di negara Asia bakal diangkat ke arena antarabangsa melalui prasarana maklumat digital yang akan dikumpulkan menerusi AULiNK ini,” ujarnya.

Antara yang dibincangkan sepanjang forum ini ialah amalan terbaik dalam pengurusan prasarana maklumat ilmiah merentasi institusi pengajian tinggi di Thailand yang disampaikan oleh Dr Sumate Yamnoon, Mantan Ketua Setiausaha, Higher Education Commission, Thailand.

Selain itu, pencapaian Korea Institute of Science & Technology Information (KISTI) dalam memenuhi keperluan maklumat sains dan teknologi merentasi komuniti penyelidik dan saintis di Korea serta keberkesanannya dalam meningatkan penyelidikan berimpak di Korea turut menjadi tumpuan para peserta Forum.

Keterlihatan universiti di Hong Kong yang berwawasan muncul sebagai hab pengajian tinggi Asia turut terpancar melalui keutuhan kolaborasi dalam menyediakan prasarana maklumat pada masa diperlukan dalam bidang penyelidikan berdaya saing turut dikongsikan dalam forum ini.

Tun Mahathir Mohamad Dan Tun Siti Hasmah Melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra


Seluruh Warga Kerja Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Dan Universiti Malaysia Perlis Berbangga Dengan Kehadiran Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Sempena Majlis Perasmian 12th ASIAN UNIVERSITY PRESIDENTS FORUM - 6th-9th OCTOBER 2013..

#Terima Kasih Tun Mahathir! Jasamu Di Kenang Hingga Akhir Hayat.. Semoga Allah Mememlihara Dan Memberikan Kesihatan Yang Baik Kepada Tum Mahathir Dan Tun Siti Hasmah..

Friday, October 4, 2013

1st Forum On Library Consortia, Resource Sharing & Future Networks

Asian University Libraries Network (AULiNK)

5th October 2013, Resort World, Langkawi Island, Malaysia 

Organized bt Tuanku Syed Faizuddin Putra Library, Universiti Malaysia Perlis 

In Conjunction With Asian University President Forum (AUPF 2013) 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...