MENGENAI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan pada April 2002 selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia atau KUKUM. Pada Februari 2006, KUKUM telah dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya ialah UniMAP.

Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis bermula dari tahun 2002 terletak di tingkat Satu dan Dua, Bangunan KWSP, Kangar, Perlis manakala Perpustakaan Mini ditempatkan di Blok Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis, Ulu Pauh. (Kini Pauh Putra). Sehubungan itu, Pusat Sumber dan Rujukan Bagi Komuniti UniMAP yang berada di Anjung Universiti Malaysia Perlis (Anjung Kulim), Kulim, Kedah Darul Aman turut di tubuhkan dan beroperasi pada waktu pejabat. 

Terkini, Perpustakaan Utama, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Pauh Putra telah dirasmikan pada 3 Februari 2012 selepas Majlis Pra Perasmian yang di sempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP. Pada 7 Februari 2012 bermulanya perkhidmatan pertama kepada seluruh komuniti Universiti Malaysia Perlis. Sehubungan itu, Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis Cawangan Kangar masih dibuka dan beroperasi seperti biasa untuk semua komuniti UniMAP.

Tanggal 2 September 2012, tercipta satu sejarah yang baru apabila Perpustakaan Utama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah di perkenankan pertukaran nama Perpustakaan pada Majlis Pemasyhuran oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Tuanku Canselor UniMAP)  kepada nama baginda sendiri sebagai Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya (PTSFP) 

Kini, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis, menawarkan sumber maklumat, kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan maklumat anda untuk menjalankan aktiviti pengajaran, pembelejaran, penyelidikan dan perundangan. Kami juga mengalu - alukan kunjungan maya anda ke perpustakaan digital kami di http://mylibrary.unimap.edu.my/ . Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan berteraskan teknologi terkini melalui sumbangan staf terlatih bagi memastikan para pengguna memperolehi maklumat relevan pada masa diperlukan.



' SELAMAT BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN '

' KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...